" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Wednesday, May 13, 2009

Keahlian BAKKEM

Bab II di dalam Peraturan BAKKEM telah membahaskan tentang Hal Ehwal Ahli seperti berikut:-

(I) KATEGORI AHLI
(I) Ahli (A) -Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu di para 4(1)(2)(a) perlembagaan
(II) Ahli (B)-Ahli Bersekutu di para 4(1)(2)(b) perlembagaan dan Ahli Kehormat.

(II) KETERANGAN KEAHLIAN
(I) Ahli Biasa-Ahli Biasa di dalam Perlembagaan.
(II) Ahli Bersekutu (A)- Ahli Bersekutu di para 4(1)(2)(a) dalam perlembagaan.
(III)Ahli Bersekutu (B) Bersekutu di para 4(1)(2)(b) dalam perlembagaan.
(IV) Ahli Kehormat-Ahli Kehormat di dalam perlembagaan.

(III) HILANG KELAYAKAN SEBAGAI AHLI
(1) Ahli (A)-Apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara di bawah maka akan hilang kelayakan sebagai ahli BAKKEM secara automatik.

(i) Keluar daripada Agama Islam.
(ii) Hilang taraf kewrganegaraan Malaysia
(iii) Tidak menjelaskan Yuran Keahlian Tahunan (RM30.00) dalam masa yang telah ditetapkan iaitu sebelum 31 Januari setiap tahun.
(iv) Jika dipecat atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Tadbir.

(II) Ahli (B)-Apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara di bawah maka akan hilang kelayakan sebagai ahli BAKKEM secara automatik.
(i) Keluar daripada Islam
(ii) Hilang taraf kewarganegaraan Malaysia
(iii) Bercerai dengan Ahli (A) yang di atasnya. Jika suami merupakan Ahli (A) maka isteri hilang kelayakan atau jika isteri adalah Ahli (A) maka suami hilang kelayakan. Ahli (B) akan hilang kelayakan apabila bercerai tetapi boleh memohon menjadi Ahli (A) SELEPAS ITU.
(iv)Anak yang belum berkahwin kemudiannya telah berkahwin. Namun boleh memohon menjadi Ahli (A) selepas berkahwin.
(v) Apabila Ahli (A) di atasnya telah meninggal dunia maka Ahli (B) akan hilang kelayakannya selepas 31 Disember tahun kematian tersebut. Selepas itu boleh memohon menjadi ahli atau didaftarkan di bawah Ahli (A) yang lain jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
(vi) Apabila Ahli (A) di atasnya telah hilang kelayakan, berhenti, dipecat atau diberhentikan.
(vii) Jika dipecat atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Tadbir.

FAEDAH DAN KEISTIMEWAAN AHLI

Pihak BAKKEM telah memutuskan untuk menawarkan 2 jenis faedah dan keistimewaan kepada ahli BAKKEM di peringkat permulaan ini seperti berikut:-

1) KHAIRAT KEMATIAN
Waris kepada Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu (A) akan menerima RM200 manakala waris Ahli Bersekutu (B) pula akan diberi RM100 sekiranya ahli tersebut meninggal dunia.

Sedekah dan sumbangan ikhlas telah dihulurkan oleh pihak BAKKEM kepada waris-waris penduduk Kampung Paya Keladan yang kematian ahli keluarga mereka walaupun bukan di kalangan ahli BAKKEM.

2) SAGUHATI KEPADA PELAJAR CEMERLANG
RM 50-RM100 akan diberikan kepada pelajar cemerlang.

Baru-baru ini saguhati RM100 telah diberikan kepada dua orang Ahli Bersekutu (B) kerana telah mencapai kejayaan cemerlang (9A) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 manakala seorang lagi telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke Perancis.

No comments:

Post a Comment