" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Wednesday, May 13, 2009

Pengurusan Kewangan BAKKEM

Bagi menguruskan kewangan BAKKEM dengan lebih teratur dan berhemah, kami telah bersetuju untuk menyalurkan dana kewangan sedia ada ke dalam 5 jenis Tabung yang berlainan fungsinya seperti berikut:-

1) TABUNG PENTADBIRAN (TP)
(Hasil Yuran Masuk dan Yuran Keahlian Tahunan yang dibayar oleh setiap ahli BAKKEM).

2) TABUNG KEBAJIKAN UMUM (TKU)
(Hasil sumbangan dan zakat daripada ahli BAKKEM).

3) TABUNG KEBAJIKAN AHLI (TKA)
(Hasil sedekah dan sumbangan khas untuk kebajikan ahli).

4) TABUNG WANG SIMPANAN (TWS)
(Hasil sedekah, sumbangan, keuntungan daripada perniagaan dan pelaburan).

5) TABUNG DANA KHAS (TDK)
(Hasil daripada keuntungan simpanan di bank dan hibah). Sebarang tuntutan daripada pihak ahli seperti duit minyak akan dikeluarkan daripada tabung tersebut.

Maksimum RM300 sebagai 'Petti Cash' akan dikeluarkan setiap bulan bagi tujuan kebajikan umum tanpa perlu diadakan mesyuarat untuk tujuan tersebut.

Mandat bagi urusan pengeluaran wang di bank telah diberikan kepada Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha BAKKEM.

No comments:

Post a Comment