" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Friday, May 15, 2009

Gambar sekitar Majlis Pelancaran BAKKEM


Suasana yang dirakamkan selepas majlis tamat, sebelum VIP berangkat pulang.

VIP sedang menikmati jamuan ringan sambil beramah mesra bersama pihak BAKKEM dan JKKK Kampung Paya Keladan







Hadirin lelaki dan perempuan sedang mengambil makanan masing-masing yang telah disediakan oleh pihak BAKKEM

Encik Abdul Rahim@ Abdul Hamid Bin Mohamad membaca doa sebagai penutup majlis.

Ahli Bersekutu (B), Mohd Jamaluddin Al-Afghani Al-Mansuri menyampaikan hadiah sumbangan BAKKEM kepada salah seorang anak yatim...(sepatutnya Bonda kami (nenek dia) yg kat sebelah dia yg patut sampaikan tapi MC (abi dia) sebut nama dia plak..kiranya jd penyampai hadiah terkezut la ni..kekeke..jgn mare aaa abg long)...

Puan Hanisah Binti Mamat selaku AJK BAKKEM turut diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah.

Pengerusi BAKKEM, Encik Rosli Bin Mamat menyampaikan hadiah bagi cabutan paling bertuah yang dimenangi oleh Encik Ahmad Akmal Bin Mahyudin.

Encik Din Bin Mustapha (kiri) selaku hadirin yang turut diberi penghormatan untuk melakukan cabutan nombor bertuah dibantu petugas yang juga Ahli Bersekutu (B) BAKKEM iaitu Mohd Ameer Al- Ashraff Bin Mansuruddin.(kanan)

Isteri VIP menghulurkan sumbangan tajaan BAKKEM berupa makanan kepada salah seorang warga emas di kampung tersebut.

Hadiah sumbangan daripada pihak BAKKEM berupa peralatan sekolah telah disampaikan oleh Tuan VIP kepada salah seorang anak yatim di kampung tersebut.

Tuan VIP yang telah diberi penghormatan oleh pihak BAKKEM untuk merasmikan majlis pelancaran sedang berucap.

Encik Che Mahmood Bin Md. Nor selaku Ketua JKKK Kg. Paya Keladan Temerloh Pahang di dalam ucapannya amat berbangga dengan penubuhan BAKKEM oleh anak jati kampung sendiri.

Ucapan alu-aluan dan penerangan ringkas mengenai BAKKEM daripada pengerusi BAKKEM, Encik Rosli Bin Mamat

Encik Sayhrudin Bin Ahmad (Din Bilal) sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pengisian rohani para hadirin

Pengerusi Majlis (MC), Encik Mansuruddin Bin Mohd Ibrahim memulakan majlis dengan kata-kata aluan.

Tuan VIP (tengah) diapit Pengerusi BAKKEM, Encik Rosli Bin Mamat (kanan) dan Ketua JKKK Kampung Paya Keladan Temerloh Pahang , Encik Che Mahmood Bin Md. Nor (kiri) beliau.

Antara penduduk kampung yang hadir pada majlis tersebut.

















Majlis Pelancaran Bakkem yang telah dirasmikan oleh bekas Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Pahang pada 26 Oktober 2008 jam 2.30 petang bertempat di perkarangan Baitul Marwan Temerloh Pahang.

No comments:

Post a Comment