" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Monday, May 17, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah 2010

Kursus Pengurusan Jenazah anjuran BAKKEM dan Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung Paya Keladan Temerloh, Pahang telah diadakan pada 9 Mei 2010 (Ahad) bertempat di Masjid Kampung Paya Keladan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Shaharuddin Muhammad Nor iaitu Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh. Manakala Perasmian Penutup pula oleh Encik Jamaludin Ayub, Penghulu Mukim Songsang. Kursus ini telah disertai oleh kira-kira 43 orang peserta. Kursus ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.

Al- Fadhil Qadhi Daerah Temerloh sedang menyampaikan ucapan perasmiannya. Beliau turut memberikan motivasi kepada peserta supaya mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan jenazah.

Para peserta lelaki sedang khusyuk mendengar ucapan Al-Fadhil Qadhi.

Kelihatan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid, Encik Che Mahmood Mohd Noor.

Peserta lelaki amat tertarik dengan ucapan perasmi yang bahawa menyatakan pegawai masjid dan Ahli-ahli Jawatankuasa mesti selalu hadir ke masjid.

Pembimbing peserta wanita, Ustazah Siti Zaleha Sulaiman.

Peserta lelaki sedang mengambil tempat untuk menikmati jamuan ringan.

"Bakpo nyah demo kelih ko kawenyo", mungkin itulah ucapan seorang peserta.

Para peserta wanita sedang menjamu jamuan rehat ketika kursus berhenti rehat.

"Mayat perempuan seelok-eloknya buat 5 lapis kain", petik Ustazah Zaleha.

Pembimbing sedang menunjukkan cara menggunting kain kapan.

Bendahari BAKKEM, Hjh. Wan Yah Wan Nik turut menyertai kursus ini. Beliau bersama-sama peserta lain sedang mendengar tunjuk ajar daripada pembimbing.

Kain untuk mengapan mayat sedang dibentangkan.

Pelakon sebagai mayat ini adalah Siti Nor arbaek Eyah Herman. Beliau sedang dikapan oleh pembimbing tetapi kelihatan mayat ni bagai mati ketika sedang menahan daripada tergelak. hehe.

No comments:

Post a Comment