" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Tuesday, April 13, 2010

"Surat Untukmu ~ Mujahid Kecil Palestin..."



Wahai Mujahid Kecil di tanah Palestin...

Ini adalah surat dari kami...Sebuah surat cinta yang kami tulis dengan airmata...

Pertama-tama izinkan kami menyapa, "Kaifa halukum, ya Mujahid..?"

  • Adakah kau terluka lagi kali ini?
  • Adakah darah lagi yang tumpah setelah kelmarin tanganmu terpotong sebelah?
  • Adakah lagi yang Syahid setelah kelmarin tiga temanmu ditembak secara membabi buta oleh yahudi laknatullah itu?
  • Adakah lagi yang menjerit kerana kehilangan ayahnya setelah beberapa jam yang lalu jeritan lainnya membekas di telinga?
Wahai Mujahid Kecil di tanah Palestin...

  • Batu-batu yang kau lempar ke wajah tentara biadap itu menjadi saksi bagi keberanianmu
  • Engkau adalah Muawwadz bin Afra dan Muadz bin Amr yang membunuh Abu Jahal
  • Engkau adalah pahlawan kecil yang dilahirkan untuk meneruskan perjuangan Abimu yang dicincang dan sebahagian lagi dianiaya di balik besi-besi penjara
  • Engkau adalah buah cinta yang dipersembahkan untuk cinta yang lebih raya

Berjuanglah Mujahidku...

  • Sepeninggalanmu nanti, di tanah ini aku akan berdoa sambil mengenang wajah sucimu yang telah tiada
  • Kelak, akan kuceritakan kisah-kisahmu pada generasi-generasi muda, pada semua anak-anak syurga bahawa...
  • Mujahid Kecilku di Palestin sana tidak hidup dengan hura-hura dan lagu-lagu cinta.
  • Mujahid Kecilku hidup dengan darah dan airmata

Sampai jumpa lagi Mujahid Kecil di tanah Palestin...

Sampai jumpa di Syurga...Aminn

~rafif87~

No comments:

Post a Comment