" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Sunday, May 17, 2009

Majlis Tahlil Perdana BAKKEM

Jemputan Wanita sedang menjamah nasi ayam..
Orang dapur baru start nak makan..Siann deme...
Jemputan Wanita di dapur belum start makan..gentleman first..

Tahlil dan Doa dah selesai, Ustaz Badawi tengah makan tu..(sampai tak sedar kamera lalu belakang dia..sedap sgt kot..kekke..)
Makan Time..
Jamuan Makan
Sebahagian jemputan sedang menikmati nasi ayam..yummyy..
Jemputan Wanita yang berada di dapur sedang menghidangkan nasi yang yang bakal dijamah jemputan yang hadir selepas Tahlil dan Doa berakhir.
Nenda tersayang yang manis menawan menampakkan gigi emasnya nan sebatang, Puan Hajjah Fatimah Binti Daud.
Sebahagian Jemputan Wanita yang hadir.
Antara Jemputan Lelaki yang hadir

Majlis Tahlil Perdana anjuran BAKKEM ini dipimpin oleh al-fadhil Ustaz Haji Ahmad Badawi Bin Abdullah.
Timb.Pengerusi BAKKEM, En.Mohamad Kamal sedang membaca senarai nama waris-waris ahli BAKKEM yang diniatkan tahlil dan doa tersebut kepada roh mereka di sana..Didahului dengan nama arwah Ayahanda kami, Allahyarham Tuan Haji Mamat Bin Abdul Rahman, semoga roh Ayahanda kami dan roh mereka yang telah disebutkan, dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh..Aminnn..
Nasi ayam yang menjadi hidangan jamuan para jemputan yang terdiri dari penduduk Kampung Paya Keladan Temerloh Pahang.
Orang-orang dapur santai-santai sebelum majlis bermula..
Anak-anak BAKKEM masih tak abis lagi melantak sampai ke tulang..Mak aiihhh..kebulur ke aper deme ni..:-D..itu la dianyer..(kiri: Shakeer,Nazihah,Ahnaf dan Nabil (gigi atas dh hilang gara-gara meratah ayam) hehehe

1 comment:

ameer_revenge said...

gambar moyang bleh tahan gak....isk..isk sian nabel gigi lekat kat ayam ke.

Post a Comment