Pemilihan pimpinan adalah suatu perkara yang
penting bagi umat Islam kerana mereka akan membawa hala tuju orang yang
di pimpin. Dalam perkara yang kecil pun Islam menyuruh kita memilih
pemimpin. Rasulullah saw bersabda:
“ Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua.”
Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
- TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA
“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
- PILIH PEMIMPIN YANG DIREDHAI ALLAH DAN RASULNYA
“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih redha daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”
Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.
Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redhai.
SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.
- PILIHLAH PEMIMPIN YANG MEMBAWAMU KE AKHIRAT
“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”
Ayat 17 surah al-A’la
DUA CIRI UTAMA PEMIMPIN:
Nabi SAW telah bersabda:
“ Sesungguhnya kamu akan menakluk di timur dan di barat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali dia bertakwa kepada Allah dan yang memegang amanah.”
Hadis riwayat Ahmad daripada Mas’ud bin Qubaisah.
- Takwa adalah orang yang menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
- Amanah adalah menguruskan orang bawahannya mengikut al-Quran dan Sunnah bukannya mengikut logik pemikirannya.
MEMILIH PEMIMPIN ADALAH CARA MENCEGAH KEMUNGKARAN
Mencegah kemungkaran adalah kefardhuan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu di antara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih.
Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:
“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.”(Hadis Sahih Muslim).
Di antara kuasa yang ada pada kebanyakan manusia pada hari ini adalah kuasa memilih. Sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redhai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , dia telah mengkhianati amanah Allah, Rasul dan orang-orang beriman seperti dalam hadis yang lepas.
OLEH ITU, LARI DARI MEMILIH ADALAH PENGKHIANATAN DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG TIDAK ATAU KURANG DIREDHAI ALLAH JUGA SATU PENGKHIANATAN.
akhisalman~idhamlim
No comments:
Post a Comment