" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Friday, March 01, 2013

"Mesyuarat Agung Tahunan BAKKEM Kali Kelima..."


Encik Ainurazzam Bin Mohd Habib :(kiri), telah dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan BAKKEM Kali Kelima yang telah diadakan pada 10 Februarai 2013 (Ahad), bertempat di Baitul Marwan..Ahli mesyuarat yang hadir adalah seramai 16 orang...


                
Pengerusi BAKKEM, Tuan Haji Rosli Bin Haji Mamat (berbaju biru) memulakan ucapan aluan kepada seluruh ahli mesyuarat yang hadir pada petang tersebut..



Setiausaha BAKKEM, Puan Noraziah Binti Mamat  sedang membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan BAKKEM Kali Keempat yang telah diadakan pada 30 Disember 2011..



Laporan Aktiviti Tahunan BAKKEM sepanjang 2012 sedang dibentangkan oleh Setiausaha BAKKEM, Puan Noraziah Binti Mamat sambil diteliti oleh Tuan Pengerusi BAKKEM, Tuan Haji Rosli Bin Mamat :(kiri) beliau..


  
Timbalan Pengerusi BAKKEM, Encik Mohamad Kamal Bin Mamat (berkopiah) mewakili Puan Bendahari telah membentangkan Penyata Kewangan BAKKEM Berakhir 31 Disember 2011..







Sebahagian ahli mesyuarat yang hadir sedang mendengar dan meneliti intipati mesyuarat yang sedang berlangsung...



"Sessi Penyampaian Wang Saguhati untuk 2 orang (anak-anak  BAKKEM) yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing.." 

Kelihatan di dalam gambar, Bendahari BAKKEM: Puan Wan Yah Binti Wan Nik (kanan) sedang menyampaikan wang saguhati kepada Adik Muhamad Hanif Bin Mohd Sri yang telah mendapat 9A di dalam peperiksaan SPM 2012 yang lalu, sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengerusi BAKKEM, Encik Mohamad Kamal Bin Mamat..



Adik Nurul Hanani Binti Rosli (berbaju merah) merupakan anak sulung  Tuan Pengerusi BAKKEM turut menerima wang saguhati selepas berjaya meraih  7A di dalam peperiksaan PMR 2012...Istimewanya hadiah disampaikan oleh nenda tersayang sambil diperkatakan sesuatu oleh Pengerusi Mesyuarat, Encik Ainurazzam...(Pak Ngah) beliau..ekeke


No comments:

Post a Comment