" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Saturday, April 03, 2010

"Zikrullah..."




Kisah Puteri Rasulullah SAW (Fatimah Azzahra'), ketika mana beliau berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib. Beliau menguruskan rumah tangganya dengan memasak, mengisar gandum sehingga menjadi tepung dan seterusnya membuat roti sehingga terdapat kesan-kesan luka pada tangannnya akibat terlalu berat melakukan kerja rumah.

Pada suatu hari, Fatimah datang berjumpa Rasulullah S.A.W dan mengadu apa yang dialami dan meminta diberikan seorang khadam untuk membantunya di rumah dan Rasulullah SAW berkata: "Fatimah adalah sebahagian dariku... Apa yang dialaminya seperti aku yang mengalaminya..." Maka Rasulullah berkata kepada Fatimah, "Mahukah kamu jika aku tunjukkan perkara yang lebih baik dari itu ? "Ketika kamu mahu tidur bertasbihlah sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali, dan bertakbirlah 33 kali, sesungguhnya Zikrullah tersebut lebih baik bagimu dari seorang khadam..."

Apa yang dimaksudkan Rasulullah ialah Zikrullah memberimu kekuatan jiwa dan membantumu menanggung segala penderitaan hidup dan Allah akan senantiasa bersama hambaNya.
Oleh itu, marilah kita bangun membina kekuatan dalam diri supaya dapat menempuh pelbagai cabaran hidup.

~
rakanmasjid~

No comments:

Post a Comment