Pn. Hasliza Mamat menyatakan sokongan padu kepada usul ketiga kerana menurutnya BAKKEM ditubuhkan untuk kepentingan masyarakat Islam hingga ke peringkat negara dan bukannya terhad kepada Kg. Paya Keladan sahaja.
Pn. Hafizah Mamat sedang membentangkan Usul Ketiga supaya diadakan Kem Motivasi Solat di peringkat Mukim Songsang pula pada tahun ini.
Penolong Bendahari bersama 2 orang ahli bersekutu tersenyum riang ketika menjamu selera di waktu rehat.
Ahli-ahli mengangkat tangan tanda bersetuju dengan usul yang telah dibentangkan.
Pn. Norizam Zainal Abidin membentangkan Usul Kedua supaya diadakan Bengkel Remaja kepada anak-anak di Kg. Paya Keladan.
Hjh. Hanisah Mamat sedang membahaskan Usul Pertama iaitu Menaja Program Agama bagi wanita di Kg. Paya Keladan, Temerloh.
Sebahagian daripada ahli-ahli BAKKEM sedang mendengar pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan.
Pn. Fatimah Mamat dan anaknya, Mohd Nur Syafiq khusyuk mendengar pembentangan Penyata Kewangan.
Hjh. Mesah Yaacob, Pn. Fatimah Mamat (Zimah) dan En. Ahmad Akmal Mahyudin tekun mendengar ucapan dasar.
Mesyuarat Agung Tahunan BAKKEM Kali Ke-5 akan diadakan pada 10 Februari 2013 (Ahad) bertempat di Baitul Marwan jam 3.00 petang...Semua ahli wajib hadir.
DANA DIPERLUKAN ~ TABUNG KEBAJIKAN UMUM BAKKEM
"Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad di jalan Allah dan ibarat orang solat malam, ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka".-Hadith Riwayat Imam Bukhari
No comments:
Post a Comment