Allah berfirman di dalam al-Qur’an:
لقد كان فى قصصهم عبرة لأولى
الألباب، مل كان حديثا يفترى ولكن تصديق الذى بين يديه وتفصيل كل شىء وهدى ورحمة
لقوم يؤمنون
Ertinya:Demi sesungguhnya kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf: 111)
ولو شئنا لرفعناه بها ولكنه أخلد الى
الأرض واتبع هواه، فمثله كمثل الكلب ان تحمل عليه يلهث أو تتركه يلهث، ذلك مثل
القوم الذين كذبوا بئاياتنا فاقصص القصص لعلهم يتفكرون
176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Al-A'raf: 176)
RAMADHAN BULAN PERJUANGAN
Ramadhan bukan bulan untuk duduk lesu kerana dahaga. Ramadhan juga bukan alasan, untuk mengurangkan waktu untuk terus belajar, bekerja, berusaha dll. Kalau direnungkan ternyata Ramadhan adalah titik nikmat dari Tuhan agar kita berlama-lama di atas sejadah, untuk mengucurkan peluh dalam jalan perjuangan dan agar kita mengekang nafsu agar lebih kuat lagi dalam beribadah dan tidak lagi lemah dan lesu. Fakta yang ada tidaklah mudah, namun renungkanlah Ramadhan dalam pandangan pejuang islam terdahulu.
Mereka menghiasi bulan Ramadhan dengan beralaskan keringat dan berlangsirkan darah, tak mengenal lelah, tak pernah kesal dan sama sekali tidak ada rasa gentar. mereka terus mara dengan pedang yang gagah. Kisah para syuhada terdahulu, bukan sekadar untuk dikenang ataupun disimpan dalam lipatan sejarah, ia adalah kisah untuk kita baca, kita sampaikan kepada generasi sekarang dan akan datang serta direnungkan dalam hati yang paling dalam. Semoga tahun ini, Ramadhan kita lebih bererti dengan mengambil pelajaran dari kisah-kisah masa lampau berikut ini:
Dengan pertolongan Allah swt yang menurunkan bantuan Malaikat, perang Khandaq menjadi sejarah gemilang umat islam dalam meraih kemenangan, sehingga kaum kafir di jazirah Arab pada akhirnya segan dengan kekuatan islam dan beramai-ramai memeluk agama ini.
~harakah~

- Pembukaan kota
- Perang Badar (17 Ramadhan 2 hijrah) : Perang yang membawa kemenangan kepada kaum muslimin meskipun dengan jumlah dan peralatan perang yang terbatas.
- Perang Ain Jalut (25 ramadhan 658 hijrah) : Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.
- Penaklukan
- Khalid bin Walid memusnahkan patung al-uzza di Nakhla pada lima hari sebelum berakhir Ramadhan.
- Peperangan Zallaqah, Portugal (Ramadhan 459 hijrah) : Tentara muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentara Kristian pimpinan al-Fonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Spanyol dan menyelamatkan umat islam.
- Persiapan perang
Dengan pertolongan Allah swt yang menurunkan bantuan Malaikat, perang Khandaq menjadi sejarah gemilang umat islam dalam meraih kemenangan, sehingga kaum kafir di jazirah Arab pada akhirnya segan dengan kekuatan islam dan beramai-ramai memeluk agama ini.
- Tentara islam mengalahkan tentara Mongol (15 ramadhan 658 hijrah) : angkatan tentera islam pimpinan Hulagu Khan berhasil mengalahkan tentara Mongol di Ain Jalut.
- Peperangan Yakhliz (15 ramadhan 1294 hijrah) : sebanyak 34.000 anggota tentara islam mengalahkan tentara Rusia yang berjumlah 740,000. Kejadian ini menjadi kebanggaan umat islam apabila berhasil mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
~harakah~
No comments:
Post a Comment