" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Friday, September 11, 2009

"..'Ainul Mardhiah..Bidadari Syurga.."

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Manakala wanita yang solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari.

Berjihad mempertahankan agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berperang.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga.

Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu setelah ditunjuk ke suatu arah, maka berjalanlah dia... di suatu pohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat di dunia ini... lalu dia memberi salam dan bertanya ,andakah 'Ainul Mardhiah...? wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya.. Ainul Mardhiah ada di atas singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu memberi salam dan bertanya lagi, adakah anda 'Ainul Mardhiah.. ? lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk.. saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu.. kecantikkannya sungguh mengkagumkan...

Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah 'Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii.. kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya, lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid, maka bolehlah diceritakan kepada Nabi.

Pemuda itu bersama-sama Nabi SAW dan jemaah-jemaah yang telah keluar berperang lalu ditakdirkan beliau syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... itu Nabi menjawab benar... benar...benar... cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam
~soffee077~


No comments:

Post a Comment