" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Wednesday, July 15, 2009

"Tujuh Jenis Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Kematian ...."

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh jenis pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas kematiannya:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

~tranungkite~


No comments:

Post a Comment