Suatu hari Fatimah Az-Zahra, sangat menginginkan buah delima. Ali bin Abi Thalib segera berangkat ke pasar mencari buah delima .
Mengingat wang yang dimilikinya saat itu sangat terbatas, Ali hanya dapat membeli hanya sebiji buah delima sahaja. Di pertengahan jalan, Ali dihampiriseorang lelaki yang sangat miskin meminta buah delima tersebut. Ali lalu memberikan setengahnya. Sampai di rumah, Ali menceritakan kepada Fatimah mengapa buah delima yang dibawanya tinggal setengah.
Selang beberapa lama, terdengar seseorang mengetuk pintu. Setelah dibuka, ternyata Salman al-Farisy berdiri di depan pintu membawa sembilan biji buah delima. Rasulullah SAW mengutus Salman untuk memberikan sepuluh biji delima. Salman telah menyembunyikan satu biji, sehingga yang dibawa hanya sembilan biji sahaja.
Salman lalu berkata: "Ini buah delima pemberian Rasulullah S.A.W untuk Fatimah". Ali lalu berkata: "Kalau ini benar dari Rasulullah SAW jumlahnya pasti sepuluh biji, bukan sembilan". Mendengar itu, Salman terkejut lalu berkata: "Bagaimana kamu tahu wahai Ali?". Ali menjawab: "Kerana saya ingat firman Allah SWT yang berbunyi: ""Barangsiapa membuat amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya".
Bukan hanya akan dilipat gandakan balasannya, orang yang rajin bersedekah juga akan dihindarkan dari segala macam bencana dan malapetaka. Rasulullah S.A.W bersabda: "Ubatilah orang-orang sakit kalian dengan sedekah".
(HR. Ahmad).

No comments:
Post a Comment