Umar r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Semenjak beliau memeluk islam, kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani bersolat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak dan sangat teliti di dalam mengamalkan ajaran Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun. Beliau kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah? Sekiranya belum, maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT.
Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mikraj Baginda menghadap Allah SWT. Baginda SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimikrajkan menghadap Allah SWT, malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Baginda akan taman-taman syurga.
Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bergurau-senda. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari Umar membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Beliau menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Oleh kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT ,maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".
~tranung kite~
No comments:
Post a Comment