" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Saturday, June 20, 2009

Soal Jawab tentang BAKKEM

Kenapa perlu menjadi ahli BAKKEM? Bukankah kita boleh berbuat kebajikan di mana-mana walaupun tidak menjadi ahli.

Ya, memang betul kita boleh berbuat amal kebajikan di mana sahaja. Jika anda menjadi ahli BAK
KEM bermaksud anda telah menyokong dan bersama-sama dengan badan kebajikan ini. Niat atau Objektif BAKKEM ialah "... Kebaikan dan pahala hasil daripada sedekah jariah serta amal kebajikan yang dilakukan diniatkan kepada ... ahli-ahli BAKKEM yang telah meninggal dunia". Jadi sekiranya anda meninggal dunia ketika masih menjadi ahli BAKKEM insya Allah pahala daripada kebajikan-kebajikan yang dijalankan oleh pertubuhan ini akan diterima juga oleh anda walaupun anda telah berada di alam barzakh. Ini sangat penting kerana belum tentu waris-waris kita akan sentiasa berbuat kebajikan untuk kita apabila kita telah meninggal dunia. Tetapi dengan menyertai BAKKEM insya Allah pahala kebajikan akan terus kita nikmati di kala kita sudah tidak mampu melaksanakannya sendiri.

Adakah BAKKEM adalah hak milik Keluarga Marwan?

Tidak, badan kebajikan ini ditubuhkan untuk berbuat kebajikan kepada masyarakat Islam. Keluarga Marwan cuma sebagai pengasas, penaja dan pentadbir. Segala yuran dan wang yang disumbangkan bukanlah untuk kepentingan Keluarga Marwan tetapi akan digunakan untuk mentadbir, menggerakkan dan mencapai objektif, matlamat dan tujuan-tujuan BAKKEM ditubuhkan.

No comments:

Post a Comment