| | |
Spesis: Burung gagak
Spesis: Hud-hud/belatuk
Spesis: Burung pipit Spesis: Merpati Tentang hasanah Subhanallah... Makhluk Allah yakni burung juga berusaha untuk membantu agama Allah S.W.T. Hal ini dirakamkan dalam kisah-kisah para Anbiya' sepanjang sejarah mereka. Di sana terdapat pengajaran yang sangat besar yang boleh diteladani oleh manusia, umat Islam khususnya. 'Iibrah (pengajaran) daripada contoh yang ditunjukkan oleh burung pipit semasa insiden Namrud cuba membakar Khalilullah, Nabi Ibrahim a.s. Sungguh, jika mahu mengira mengikut logik matematika, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. Namun, Allah Azzawajalla Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan. Manusia jika menyertai satu-satu pertandingan, atau menduduki satu-satu peperiksaan, atau menyiapkan satu-satu tugasan, apa yang terdaya untuk dinilai hanyalah output kepada segala usaha yang tidak terukur. Biarlah usaha yang di belakang itu berlumur nista dan celaka, jika hasilnya baik, maka baiklah kata manusia. Walaupun ada yang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan yang terbaik, dengan cara baik, tetapi tidak berhasil, maka buruklah kata manusia biasa. Kerdilnya kita berbanding keadilan Allah Ta'ala. Sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda". (Riwayat Muslim) Tidak ada kebaikan yang boleh kita pandang enteng. Kita tidak pernah mengetahui dengan amalan apakah yang menjadi sebab kita diredhai Allah untuk masuk ke syurgaNya. Walaupun amalan itu dipandang kecil oleh manusia ramai, tetapi jika Allah berkenan (mungkin lantaran keikhlasan sang pelaku di saat itu) maka kita akan diganjari olehNya. Saya amat terkesan dengan salah satu wasiat Luqman a.s. kepada anaknya. Katanya: "...Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak." Lalu berbuat baiklah, di mana sahaja kita berada dan berdaya. Jangan memperlekeh kebaikan yang dibuat oleh manusia lain sungguhpun ianya sedikit. Semoga Allah menggolongkan saya dan para pembaca yang budiman dalam kelompok manusia yang senantiasa melakukan kebaikan dan dipimpin-Nya. -Nazmi Razak, Uniten- |
No comments:
Post a Comment