" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Friday, May 22, 2009

Sekitar Persiapan~ Majlis Pelancaran BAKKEM

Juadah di meja VIP belum siap dihidangkan sepenuhnya...

Pandangan sisi 'Meja Jamuan' untuk hadirin..
'Acara menyusun juadah di Meja Jamuan'..
'Acara membungkus hamper,hadiah dan cenderahati..'
Nasi Impit telah siap direbus untuk dimakan bersama rendang dan beberapa juadah lain selepas majlis tamat nanti.
Pandangan hadapan di khemah Majlis Pelancaran BAKKEM.
Puan Hasliza kelihatan tersengih, apa yang lucu tuu...
Puan Hasliza sedang menyusun hamper dan hadiah di atas meja untuk memudahkan proses penyampaian hadiah pada sebelah petang nanti.
Inilah hamper-hamper, hadiah-hadiah dan cenderamata daripada pihak BAKKEM kepada anak yatim, warga emas dan para hadirin yang berjaya memenangi hadiah-hadiah bagi Cabutan Nombor Bertuah sewaktu majlis pelancaran BAKKEM berlangsung.
' Tempat VIP dah dirasmi nampaknya..'
Lokasi perasmian telah siap 'diindahkan'..
Encik Ainurazzam sedang meniup belon, mengembalikan nostalgia kepada beliau sewaktu kecik-kecik dulu...kekke
Meja-meja yang disewa telah diturunkan daripada lori.
Khemah dinaikkan oleh Ahli-ahli BAKKEM sendiri.

No comments:

Post a Comment