" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Tuesday, May 19, 2009

Sessi Pendaftaran & Majlis Perasmian Kem Motivasi Solat 2009 Anjuran BAKKEM & Masjid Kg.Paya Keladan Temerloh Pahang

Doa Makan dibacakan oleh En.Rosli Bin Mamat sebelum tetamu-tetamu VIP menikmati hidangan yang telah disediakan.
Sebahagian tetamu di meja jamuan: (Dari kiri:En.Abdul Rahim (Imam 2 Masjid Kg.Paya Keladan,En. Hassan (Imam 1) dan En.Musa (Ahli BAKKEM).
En.Alias Barawi (tengah) diapit En.Rosli Mamat (Pengerusi BAKKEM-kiri) dan En.Che Mahmood Md.Nor (wakil AJK Masjid-kanan) beliau di meja jamuan setelah tamat Majlis Perasmian Kem Motivasi Solat 2009.
WakiL AJK Masjid menyerahkan Cenderamata berupa frame Ayat-ayat Suci Al-Quran kepada tetamu VIP.
Tetamu VIP menerima Hamper sumbangan BAKKEM berupa buah-buahan daripada Pengerusi BAKKEM.
Ucapan Perasmian disampaikan Penghulu Mukim Songsang, Encik Alias Barawi.
Wakil JKKK dan AJK Masjid Kg.Paya Keladan, En.Che Mahmood Md. Nor sedang berucap.
En.Rosli Bin Mamat, Pengerusi BAKKEM sedang menyampaikan ucapan.
Penghulu Mukim Songsang, Encik Alias Barawi (baju oren) hadir sebagai tetamu VIP.
Peserta lelaki bersama fasilitator masing-masing. Antaranya En. Sayhrudin, Encik Sofian dan En. Ainurazzam.
Peserta lelaki dan perempuan ketika program berlangsung
Encik Abdul Rahim Mohamad sedang membaca doa memohon kepada Allah SW.T agar program berlangsung dengan jayanya sekaligus mendapat manfaat dan keberkatan dariNya..Aminn
Sebahagian peserta lelaki berada di dalam kumpulan bersama Fasilitator masing-masing
Encik Mansuruddin selaku MC program memulakan ucapan pembukaan.
Peserta Perempuan sedang menunggu program bermula.
Kelihatan peserta telah memenuhi ruang masjid, mengikut kumpulan masing-masing mengikut abjad selepas sessi pendaftaran tamat.
Suasana di hadapan pintu masuk Masjid Kg.Paya Keladan yang dipenuhi para peserta program,ibubapa dan beberapa orang Urusetia pada sesi pendaftaran sebelum program berlangsung.
Salah seorang kaum bapa yang hadir untuk menghantar anaknya ke program tersebut.
Peserta lelaki serta sebahagian kaum ibu berada di kaunter daftar.
Kaum ibu turut hadir pada pagi pendaftaran peserta.
Pandangan sisi, belakang peserta dan urusetia program
Sebahagian Peserta Lelaki sedang mendaftarkan diri.

Para Urusetia Program, Peserta Lelaki dan Perempuan beserta kaum ibu dan bapa di kaunter pendaftaran...Setiap peserta yang mendaftar akan diberikan tag,fail dan gula-gula...(Gambar ni la yang masuk paper Sinar Harian Pahang bertarikh 7 Mei 2009 (Khamis)...nanti akan dipastekan kat sini ehh)..

Timbalan Pengerusi BAKKEM turut membantu Urusetia Pendaftaran sambil diperhatikan peserta lelaki dan kaum ibu.

Urusetia bahagian Pendaftaran mengikut jantina Lelaki dan Perempuan: Encik Jalaludin dan Puan Hafizah.
Pendaftaran bermula 8.00 pagi di perkarangan Masjid.

Antara Kelengkapan Program : tag, fail dan materials, 6 hadiah bagi peserta terbaik dan cenderamata khas untuk tetamu VIP.

Banner yang telah ditempah khas digantung di hadapan pintu masuk Masjid Kg.Paya Keladan.

Di sebelah kanan tu para pemerhati mesyuarat Fasilitator pada malam tersebut.

Mesyuarat Fasilitator program diadakan di Masjid Kg.Paya Keladan selepas Isyak malam sebelum program berlangsung.

No comments:

Post a Comment