" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Monday, May 18, 2009

Program Sedekah Bergerak

Pada 17 Mei 2009 (Ahad), satu program kebajikan yang dinamakan Program Sedekah Bergerak telah dijalankan melalui 3 orang Ahli Jawatankuasa Tadbir BAKKEM yang tinggal di dalam daerah Temerloh. Seramai 10 orang individu telah dipilih untuk menerima sumbangan daripada BAKKEM yang terdiri daripada golongan fakir, miskin, orang kurang upaya (OKU) serta ibu tunggal yang tinggal di Kampung Paya Keladan.

Bendahari BAKKEM, Pn. Hjh. Wan Yah Wan Nik diiringi Penolongnya, Pn. Nor Azian Mahyudin sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim dikenali sebagai Nana yang mewakili ibunya yang juga seorang ibu tunggal, Putih Yaakob.

Seorang OKU, Saad Adam sedang menerima sumbangan sempena Program Sedekah Bergerak. Beliau hilang upaya berpuluh-puluh tahun yang lalu setelah pahanya ditimpa sebatang pokok.

Seorang warga emas yang telah hilang upaya, Mat Yassin Mohamad begitu sebak sehingga tidak mampu memandang ke arah Timbalan Pengerusi ketika menerima sumbangan daripada BAKKEM.

Puan Bendahari menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian kepada Pn. Fatimah Mamat yang mewakili suaminya, Mohamed Hassan seorang OKU.

Pn. Hjh. Wan Yah Wan Nik sedang menyampaikan sumbangan kepada Pn. Aminah Musa seorang ibu tunggal yang baru kematian suami.

Hjh. Mesah Yacob sedang menerima sumbangan. Beliau juga merupakan antara orang terawal yang menyertai BAKKEM.

Seorang warga emas, Mek Wok Ibrahim amat terharu menerima bantuan BAKKEM. Riak wajahnya sudah cukup untuk menceritakan segalanya.
Dikenali di kalangan penduduk sebagai Pak Do Leh sedang menerima sumbangan BAKKEM. Beliau mengalami masalah penglihatan yang dipercayai akibat daripada serangan kencing manis.

No comments:

Post a Comment