" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Wednesday, May 13, 2009

Perlembagaan & Peraturan-Peraturan BAKKEM

Secara umumnya Perlembagaan BAKKEM yang telah diterima dan disahkan oleh Akta Pertubuhan 1966 mengandungi 15 Fasal berhubung tatacara merangkumi pelbagai aspek yang telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat BAKKEM untuk diterima pakai sebagai Perlembagaan BAKKEM yang harus dipatuhi oleh setiap ahli.

Peraturan-peraturan di dalam BAKKEM mengandungi 5 Bab ( Bab1 hingga Bab V) merangkumi Objektif, Hal Ehwal Ahli, Pemegang Jawatan, Biro/Jawatankuasa Kecil dan Keputusan.

Peraturan-peraturan hanya boleh dianggap sebagai peraturan selama ia tidak termaktub di dalam Perlembagaan BAKKEM. Jika undang-undang telah ada di dalam perlembagaan, maka ia tesenarai sebagai perlembagaan, bukan peraturan.

Perlembagaan hanya boleh dipinda oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Khas mengenainya. Manakala Peraturan pula boleh dipinda oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir.

Sebarang pindaan atau penambahan terhadap peraturan-peraturan yang telah sedia ada hanya boleh diluluskan oleh Jawatankuasa Tadbir (JT) sahaja.
Biro Undang-undang hanya dibolehkan meneliti, merancang serta mencadangkan kepada JT dan tiada kuasa untuk mengubah mana-mana peraturan di dalam BAKKEM.

No comments:

Post a Comment