" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Wednesday, May 27, 2009

BAKKEM Sertai Kursus Pengurusan Pertubuhan Anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Peringkat Negeri Pahang)

Pada 25 Mei 2009 (Isnin), BAKKEM melalui 4 orang Ahli Jawatankuasa Tadbir telah menyertai Kursus Pengurusan Pertubuhan Bil 1/2009 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh di Temerloh Pahang. Ahli Jawatankuasa yang menghadiri kursus tersebut ialah Bendahari, Puan Hjh. Wan Yah Wan Nik, Timbalan Pengerusi, Encik Mohamad Kamal Mamat, Setiausaha, Puan Noraziah Mamat dan Penolong Bendahari, Puan Nor Azian Mahyudin.

Terdapat 71 buah pertubuhan sekitar negeri Pahang telah menyertai kursus tersebut yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia iaitu Encik Marzuki Bin Zainudin. Penyampaian sijil kursus diadakan pada akhir sessi kursus tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar kursus yang sempat lensa kami rakamkan untuk tatapan semua. Kaunter pendaftaran untuk peserta kursus telah dibuka seawal jam 8.00 pagi
Timbalan Pengerusi BAKKEM, Encik Mohamad Kamal Mamat (berkemeja biru) sedang memasukkan maklumat peserta BAKKEM yang menghadiri kursus pada hari tersebut.
Pintu masuk Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, tempat berlangsungnya Kursus Pengurusan Pertubuhan yang kami hadiri.
Bonda, Bendahari BAKKEM, Puan Hjh. Wan Yah Binti Wan Nik (bertudung labuh) sedang memasuki dewan, didahului oleh Timbalan Pengerusi BAKKEM, Encik Mohamad Kamal Mamat (depan).
Suasana pentas dan tempat duduk VIP..
3 daripada 4 orang peserta BAKKEM sempat bergambar kenangan berlatarbelakang pentas utama.
Zoom in wajah-wajah peserta wanita BAKKEM yang bakal berkursus (Dari kiri:) Puan Noraziah Mamat (Setiausaha), Puan Hjh.Wan Yah Binti Wan Nik (Bendahari) dan Puan Nor Azian Binti Mahyudin (Penolong Bendahari).
Bonda (Puan Bendahari) sempat tersenyum taktala wajahnya dirakamkan ketika menikmati sarapan pagi sebelum kursus bermula.
Penolong Bendahari, Puan Nor Azian Mahyudin control gelak (pakcik kat belakang tu ker..), Timbalan Pengerusi tu apekenenye, macam tak puas hati jerk..
Suasana jamuan sarapan pagi untuk semua peserta kursus..Jamuan disediakan oleh Along Catering..
Suasana dalam dewan sebelum kursus bermula.
Antara peserta Ahli BAKKEM yang telah bersedia untuk berkursus..
Puan Setiausaha nak jugak dirakamkan gambarnya..:-D
Pengerusi kursus sedang memulakan sessi kursus..(sowiii gambo gelap sket..)
Sebahagian peserta kursus yang hadir.
Ceramah (1) disampaikan oleh Puan Wan Rahimah Binti Wan Hamat iaitu Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kelantan Darul Naim..(sowwwiii lagii gambo gelap sket..)
Sebahagian lagi peserta kursus (ada yang khusyuk mendengar, tak kurang gak yang sembang, layan handphone pun ader gak..isy3x..)
Materials yang disediakan pihak penganjur di atas meja Setiausaha..
Suasana dalam dewan pada waktu rehat sementara tunggu slot Ceramah (2)..
Ceramah (2) disampaikan oleh Encik Abd.Rahman Bin Anor Basha iaitu Ketua Penolong Pengarah (Pencegahan) Suruhnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Pahang.
Timbalan Pengerusi BAKKEM (tengah) duduk bersebelahan satu-satunya Tok Empat wanita di Negeri Pahang (yang baju merah tu..kira Ketua Kampung laa..)kekekee
Suasana di pentas utama sewaktu menunggu kedatangan VIP untuk merasmikan sekaligus menutup dan menyampaikan sijil kepada peserta kursus.
VIP telahpun berada di pentas utama..
Ucapan Aluan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang iaitu Encik Ghazali@ Suhaimi Bin Hj.Muhammad.
MC Majlis (tudung pink) di rostrumnya..bersama beberapa orang comittee..
Ucapan Perasmian dan Penutup Kursus oleh Timbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia iaitu Encik Marzuki Bin Zainudin (berkot hitam)
VIP bersiap sedia di pentas utama bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta kursus.
Penyampaian Sijil telah bermula..
Timbalan Pengerusi BAKKEM, Encik Mohamad Kamal Bin Mamat (berkemeja biru) bersalaman dengan VIP di pentas utama sewaktu menerima Sijil Kursus (mewakili kami gak la..)
Majlis Penyampaian Sijil masih berjalan.
Majlis tamat selepas Doa Penutup dibacakan..Kelihatan peserta mulai beredar..Timbalan Pengerusi menunjukkan sijil kursus yang diterima..
Beginilah rupanya frontpage file yang mengandungi sijil-sijil kursus kami..
Bonda kami dah siap makan..Best wooo lauk-pauk Along Catering ni...Antaranya, udang sambal petai, ikan patin masak tempoyak, ayam masak merah,bla3x...(tak sempat nak snap plak..kekeke)
Sedap ke Puan Nor Azian patin masak tempoyak tuuu..
Tinggal beberapa kerat je lagi yang tengah makan tengahari..
Pihak catering dah siap mengemas di meja lauk-pauk tuu..Laris jualannya..kekke

No comments:

Post a Comment